BANGKOK, 27 Sept – Mahkamah Agung Thailand pada Rabu mendapati bekas Perdana Menteri Yingluck Shinawatra bersalah tanpa kehadiran tertuduh kerana kecuaian dalam pelaksanaan skim subsidi beras yang menimbulkan kontroversi dan menjatuhi hukuman penjara lima tahun ke atasnya. Seramai sembilan hakim Bahagian Jenayah bagi Pemegang Jawatan Politik Mahkamah Agung mengumumkan penghakiman yang telah lama dinanti-nantikan itu. “Yingluck didapati bersalah