Saturday, February 8, 2025
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ymer bersara pada usia 24 tahun

    LONDON, 27 OGOS – Pemain tenis Sweden, Mikael Ymer mengumumkan persaraannya secara mendadak pada usia 24 tahun selepas kegagalan membatalkan penggantungan anti-doping.

    “Saya telah memutuskan untuk bersara daripada tenis profesional. Terima kasih semua untuk kenangan yang menakjubkan! Alangkah hebatnya perjalanan itu! Saya doakan semua rakan sekerja lama saya maju ke hadapan dalam persaingan,” tulis Ymer di media sosial pada Jumaat.

    Ymer didakwa pada Januari 2022 kerana terlepas tiga ujian luar persaingan dalam tempoh 12 bulan.

    Dia pada mulanya membantah tuduhan itu dan berkata dia telah dibersihkan oleh tribunal bebas pada Jun 2022.

    Tetapi ITF merayu keputusan itu, di mana Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) pada Julai mengekalkan sebahagian pengharaman dua tahun dan mengenakan penggantungan selama 18 bulan.

    Aksi Mikael Ymer mengembalikan bola kepada pemain Colombia, Elahi Galan dalam kejohanan tenis di London pada 7 Julai 2023. – AP

    “Setelah dibebaskan sekali, dan dengan sepenuh hati berpegang kepada fakta bahawa saya tidak merasakan bahawa kesalahan ketiga telah dilakukan, saya mendapati keputusan mereka untuk membicarakan saya sekali lagi dan seterusnya mendapati saya bersalah, tidak adil,” tulis Ymer di Twitter pada Julai.

    “Selain itu, saya berasa sukar untuk memahami bahawa mereka mendapati penggantungan 18 bulan adalah satu hukuman yang adil.”

    Ymer berkata dia “tidak pernah . . . menggunakan atau dituduh menggunakan bahan terlarang.”

    Ymer menduduki ranking 50 dunia pada April dan mewakili Sweden dalam Piala Davis bersama abangnya Elias.

    Dia menduduki tangga ke-80 dalam ranking ATP terkini. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda