Saturday, February 1, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Yokozuna baharu diraikan

    TOKYO, 31 JAN – Juara sumo terbaharu diraikan sejurus melangkah ke pentas awam hari ini dalam satu upacara untuk menandakan kenaikannya ke peringkat tertinggi sukan purba Jepun itu.

    Hoshoryu kelahiran Mongolia menjadi yokozuna ke-74, dalam sejarah sumo minggu ini selepas memenangi kejohanan kedua dalam kariernya.

    Ahli gusti berusia 25 tahun itu adalah yokozuna baharu yang pertama sejak 2021 dan satu-satunya ahli gusti yang kini memegang pangkat yang tinggi.

    Kira-kira 3,500 peminat telah menghadiri upacara tersebut dalam keadaan cuaca yang cerah untuk menyaksikan Hoshoryu mengambil bahagian dalam upacara di Kuil Meiji Tokyo.

    Antara yang menyaksikan ialah bapa saudara Hoshoryu, Asashoryu, juga bekas ahli gusti yang menjadi yokozuna kelahiran Mongolia pertama pada tahun 2003.

    Upacara itu bermula dengan Hoshoryu dihadiahkan dengan tali pinggang tali putih yang dipakai oleh yokozuna, yang dipintal tangan oleh ahli gusti pada hari sebelumnya.

    Seterusnya dia menepuk tangan, menghentakkan kakinya dan merendahkan tubuhnya selama beberapa minit diiringi oleh sorakan orang ramai sebagai tanda penghargaan mereka.

    “Saya banyak berlatih tetapi saya masih gementar,” kata Hoshoryu, yang nama sebenarnya Sugarragchaa Byambasuren.

    “Ini kali pertama saya berdiri di hadapan ramai orang. Saya rasa saya telah melakukannya dengan betul,” tambahnya. – AFP

    Hoshoryu (tengah) semasa upacara di Kuil Meiji di Tokyo pada 31 Januari. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda