Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Yomie’s 3.0 dilancarkan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 OKT – Yomie’s Rice X yogurt melancarkan siri Yomie’s 3.0 dengan menawarkan pelanggan lebih daripada 25 jenis pilihan minuman di bawah Siri Bijirin Besar, Teh Susu Yomie’s dan Teh Buah Sunshine.

    Pada majlis pelancaran yang diadakan di Gadong, kelmarin, Pengurus Yomie’s, Nick Chai mengongsikan keistimewaan siri kali ini yang memberi banyak variasi minuman yogurt terutamanya bagi mereka yang tidak boleh mengambil minuman masam.

    Manakala untuk siri Bijirin Besar, Yomie’s turut menawarkan topping dan buah-buahan segar yang sesuai diminum pada bila-bila masa manakala Teh Buah Sunshine pula dinikmati dengan buah-buahan segar yang baharu dipotong bersama gabungan the hijau.

    Sementara itu, bagi yang tidak gemar kepada minuman bijirin dan buah-buah, Teh Susu Yomie’s adalah antara pilihan yang terbaik di mana ia menggunakan potongan pear emas berbanding penggunaan mutiara hitam yang biasa.

    Beliau seterusnya menambah, untuk kesemua topping dan perisa Yomie’s bagi setiap sukatan pada minuman Yomie’s telah ditetapkan untuk keseimbangan dan meningkatkan rasanya.

    Manakala bagi yang bimbang kepada kadar gula pula, jelasnya, kadar gula yang digunakan pada setiap minuman Yomie’s adalah minimum, kerana kami menggunakan bahan-bahan segar dan rasa manis terutamanya diperoleh daripada kemanisan buah-buahan yang digunakan.

    Yomie’s menawarkan lebih 25 jenis pilihan minuman di bawah Siri Bijirin Besar, Teh Susu Yomie‘s dan Teh Buah Sunshine.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda