Friday, May 9, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    YonnA SNSD buka saluran YouTube

    Salah seorang anggota kumpulan Girls’ Generation, YonnA mengumumkan sudah memiliki saluran YouTube peribadi, YoonA’s So Wonderful Day yang pertama kali bersiaran pada 27 November lalu.

    Si cantik ini memuat naik sebuah video berdurasi lima minit 59 saat yang diisi dengan informasi kegiatan termasuk dirinya yang sibuk di lokasi penggambaran drama Hush dan filem The Miracle.

    “Saya berfikir bagus juga untuk memiliki saluran YouTube sendiri selain daripada Instagram.
    “Jadi saya suarakan kepada SM Entertainment untuk mempunyai saluran YouTube sendiri supaya boleh menunjukkan perkembangan terkini karier kepada peminat,” kata YoonA.

    Malah video pertama yang dimuat naik YoonA kini sudah ditonton lebih 100,000 kali oleh para peminatnya. – Agensi

    YonnA menamakan saluran YouTube peribadinya sebagai YoonA’s So Wonderful Day itu pertama kali bersiaran pada 27 November 2020 lalu. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda