Tuesday, July 22, 2025
32.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Yonnyboii teruja dapat kerjasama dengan Malique

    Bagai mimpi jadi realiti, penyanyi dan komposer, Yonnyboii tidak menyangka impiannya untuk bekerjasama dengan penerbit muzik ikonik, Malique akhirnya menjadi kenyataan menerusi lagu terbarunya berjudul Tanya Tuhan.

    Yonnyboii atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin, 27, berkata,  dia selama ini hanya mampu mengagumi figura seni itu dari jauh, namun kini diberi peluang untuk berkongsi karya bersamanya, menurut laporan mStar.

    “Memang saya tak sangka dapat bekerjasama dengan Malique. Dia adalah satu daripada impian dalam senarai wajib capai saya. Memang gila, saya pun tak boleh hadam lagi kami ada lagu bersama,” katanya.

    Sepanjang tempoh kerjasama itu, Yonny mengakui banyak momen indah tercipta dan ia menjadi satu perjalanan berharga yang akan terpahat dalam ingatannya.

    Katanya, sukar untuk digambarkan dengan kata-kata kerana pengalaman tersebut terlalu bermakna, apatah lagi dapat bekerja dengan nama-nama besar yang turut membantu menjayakan lagu tersebut.

    “Ada hal tak terduga seperti dapat berjumpa dan bekerja dengan insan-insan yang hebat belaka. Saya sangat berbangga, rasa kerdil terhadap segala pengalaman saya raih itu.

    “Ini satu daripada pencapaian peribadi tertinggi saya dapat bekerja dengan seseorang yang sangat hebat. Terima kasih pengurusan jadikan cita-cita saya jadi realiti dan perhebatkan lagi idea saya,” ujarnya.

    Berkongsi mengenai Tanya Tuhan, Yonny menjelaskan lagu yang ditulis bersama Malique itu diilhamkan daripada pengalaman peribadinya sendiri yang ketika itu berdepan keraguan dan persoalan sukar dijawab.

    “Sewaktu menulis lagu ini, bukanlah nak kata saya tengah susah atau apa. Cuma ketika itu, saya menjauh daripada diri dan sangat emosional. Banyak pergelutan dalam hidup saya baik sebagai pemuzik dan bapa.

    “Itulah, kadang-kadang kita penat, burnout. Jadi, kita tak tahu nak tanya siapa lagi. Bukanlah nak cakap semua hal berdepan kesulitan sekarang. Cuma, saya tak tahu hendak mengadu pada siapa,” jelasnya. – Agensi

    Impian Yonnyboii tercapai untuk berkerjasama dengan Malique. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda