Selepas diumumkan bahawa Park Yoochun (gambar bawah) akan mengeluarkan buku gambar dan mengadakan acara menyain autograf, kata seorang wakil yang menjawab soalan mengenai rancangan masa depannya.
Pada 20 Mac, individu yang rapat dengan Park Yoochun memberitahu OSEN, “Pengeluaran buku gambar akan berlaku seperti yang dikatakan dalam pos yang dimuat naik di media sosial. Adalah benar dia akan mengadakan acara menyain autograf untuk orang yang membeli buku gambar itu.”
Berhubung kembali ke industri hiburan, wakil itu berkata, “Buat masa sekarang, dia baru sahaja mengeluarkan sebuah buku gambar. Tidak ada apa-apa boleh dikatakan mengenai rancangan konkrit. Saya berharap orang ramai tidak akan melihat ini dalam nada negatif.”
Park Yoochun mengumumkan pada 20 Mac bahawa dia akan mengeluarkan sebuah buku gambar berjudul “SOMEDAY.” Deskripsi buku menyatakan, “Bunga mata hari, yang melambangkan Park Yoochun, bermakna ‘menanti’ dalam bahasa bunga. Terdapat banyak jenis ‘penantian’ di dunia ini. ‘SOMEDAY’ apabila anda menunggu seseorang yang anda sayang boleh menjadi sesuatu yang menggembirakan, dan kepada orang lain ‘SOMEDAY’ boleh menjadi satu penantian yang merindukan. Perkataan ‘menanti’ mengandungi banyak emosi dan perasaan berlainan pada masa yang sama. – Agensi