Monday, March 17, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    YoonA tampil berambut pendek

    MUNCUL dengan imej baru, ahli kumpulan Girl Generation, YoonA memilih untuk bergaya dengan rambut pendek.

    Menurut laman portal soompi, ketika temubual di sebuah acara, YoonA berkongsi alasan mengapa dia memilih untuk menggunting rambut dengan gaya begitu.

    Penyanyi ini membuat keputusan memilih menggunting pendek rambutnya kerana mengalami masalah rambut rosak.

    “Saya mengalami masalah rambut rosak dan membuatkan ia sukar didandan, jadi saya fikir lebih baik gunting pendek dan biarkan ia tumbuh dengan sihat semula.

    YoonA selesa dengan imej berambut pendek.

    “Bila tampil dengan imej baru ini, ramai pula yang beritahu ia cantik dan sesuai dengan saya.

    “Saya rasa sudah terlalu lama berambut panjang, sesekali kena juga tukar imej supaya tidak bosan,” katanya.

    Sementara itu, YoonA berpendapat pertukaran imej rambutnya bukanlah sesuatu yang pelik di kalangan ahli kumpulan SNSD.

    Sebelum ini, Sooyoung, Seohyun dan Sunny juga pernah menggunting rambut pendek.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda