Friday, September 6, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Yoro buat penampilan pertama United

    LONDON, 21 JULAI – Leny Yoro membuat penampilan pertamanya bersama Manchester United berikutan perpindahan £52 juta dari Lille semasa kemenangan 2-0 ke atas Rangers pada perlawanan persahabatan, kelmarin.

    Yoro dan Sancho menjadi tumpuan utama di Murrayfield, Edinburgh ketika mereka bermain 45 minit pertama dalam perlawanan pemanasan terbaharu United menjelang kempen Liga Perdana Inggeris.

    Gol daripada Amad Diallo dan Joe Hugill memastikan kemenangan selesa United menentang kelab Liga Perdana Scotland itu.

    Hanya 48 jam selepas United mengesahkan perpindahan Yoro, pemain pertahanan Perancis berusia 18 tahun itu digandingkan bersama Jonny Evans di bahagian tengah pertahanan.

    Penyokong United dalam kalangan 56,574 orang di stadium ragbi Scotland juga menyaksikan penampilan Sancho buat kali pertama sejak pertengkarannya dengan Ten Hag musim lalu.

    Pemain berusia 24 tahun itu telah menghabiskan separuh masa kedua penggal lalu dengan pinjaman ke Borussia Dortmund.

    Ia adalah penampilan pertama Sancho di United sejak dia turun dari bangku simpanan dalam kemenangan ke atas Nottingham Forest Ogos lalu.

    Bersama beberapa bintang United yang lain, penyerang Belanda Joshua Zirkzee, baru-baru ini ditandatangani dari Bologna, tidak dapat diturunkan kerana pemain itu berehat selepas Euro 2024.

    Andre Onana, Aaron Wan-Bissaka, Casemiro dan Mason Mount tampil untuk United bersama Diallo, yang pernah dipinjamkan di Rangers dua tahun lalu. – AFP

    Gambar fail menunjukkan Yoro semasa mengawal bola pada perlawanan bola sepak L1 Perancis antara Toulouse FC dan Lille LOSC di Stadium TFC di Toulouse, barat daya Perancis pada 25 Februari. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda