Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Young Lions tumbangkan DPMM FC

    Oleh Fadhil Yunus –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 JULAI – Perjalanan sukar bagi DPMM FC dalam Liga Perdana Singapura berterusan selepas tumbang 3-1 kepada Young Lions di Stadium Jalan Besar di Singapura, kelmarin.

    Rekod sempurna anak buah Gegar Gegar dengan Young Lions itu terjejas berikutan kekalahan pertama mereka sejak pertemuan pada 2012.

    Pasukan DPMM FC ketinggalan jaringan selepas penyerang Itsuki Enomoto berjaya menjaringkan gol apabila rakan sepasukannya Farhan Zulkifli membuat hantaran sempurna untuk menyediakan peluang gol tersebut.

    DPMM FC yang tidak meraih kemenangan dalam tujuh perlawanan, kembali menyamakan kedudukan selepas Hakeme Yazid Said menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-32.

    Bagaimanapun, Young Lions telah kembali mendahului apabila Farhan berada dalam kedudukan yang baik untuk merembat bola melepasi kaki penjaga gol DPMM FC, Kristijan Naumovski.

    Enomoto kemudiannya memperoleh gol kedua dalam perlawanan tersebut selepas menerima hantaran kemas daripada rakan sepasukan Jepun, Kaisei Ogawa.

    DPMM FC yang dibimbing oleh Jamie McAllister yang baru dilantik seterusnya akan menentang pencabar gelaran Lion City Sailors di Stadium Bishan di Singapura pada 3 Ogos.

    Pemain DPMM FC dan Young Lions bersaing untuk mendapatkan bola semasa perlawanan tersebut. – GAMBAR SERAHAN LIGA PERDANA SINGAPURA
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda