Oleh James Kon
BANDAR SERI BEGAWAN, 29 SEPT – Younnes Ammouta meneruskan dominasinya dalam acara separuh maraton di Negara Brunei Darussalam apabila menambah satu lagi pingat kemenangan dalam koleksinya hari ini.
Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang ialah Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar.
Warga Maghribi yang menetap di Brunei itu melintasi garisan penamat dengan catatan masa 36 minit dan 40 saat bagi memenangi Kategori Terbuka Lelaki 11 kilometer bersempena Hari Jantung Sedunia 2019, yang berlangsung di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, di sini.
“Alhamdulillah, ia adalah kemenangan yang bagus untuk saya.
Ia laluan yang sama seperti Reintegration Run yang diadakan baru-baru ini dan saya berjaya melakukan permulaan yang baik kemudian mengekalkan kepantasan.
“Saya gembira dengan catatan masa saya meskipun cuaca panas,” kata Younnes Ammouta.
Pemenang tempat kedua ialah Muhammad Haziq Syazwan, manakala Lau Soon Hau menamatkan di tempat ketiga.
Sementara itu dalam Kategori Terbuka Wanita 11km, Joanna Hudson muncul juara selepas meninggalkan Kathryn Bewelein dan Siti Fatimah binti Mohammad yang masing-masing meraih tempat kedua dan ketiga.
