Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    YouTube ubah dasar benarkan dakwaan palsu

    AMERIKA SYARIKAT, 4 JUN – YouTube baru-baru ini mengatakan bahawa ia akan berhenti menghapuskan kandungan yang mendakwa pilihan raya 2020 secara salah atau pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) yang lalu telah dicemari oleh penipuan, kesilapan atau gangguan yang meluas.

    Perubahan itu merupakan pembalikan bagi perkhidmatan video milik Google, yang mengatakan sebulan selepas pilihan raya 2020 bahawa ia akan mula menghapuskan catatan baharu yang secara palsu mendakwa penipuan pengundi yang meluas atau kesilapan yang mengubah hasil pilihan raya.

    YouTube berkata dalam catatan blog bahawa dasar yang dikemas kini merupakan percubaan untuk melindu-ngi keupayaan untuk “berbahas secara terbuka mengenai idea-idea politik, termasuk idea-idea yang kontroversial atau berdasarkan andaian yang tidak terbukti.”

    “Dalam persekitaran semasa, kami mendapati bahawa walaupun menghapuskan kandungan itu dapat mengurangkan beberapa maklumat yang salah, ia juga boleh mempunyai kesan yang tidak diingini untuk menyekat ucapan politik tanpa mengurangkan risiko keganasan atau kemudaratan dunia nyata yang lain,” kata catatan blog itu.

    Dasar yang dikemas kini, yang berkuat kuasa dengan serta-merta, tidak akan menghalang YouTube daripada mengeluarkan kandungan yang cuba menipu pengundi dalam pilihan raya 2024 akan datang, atau perlumbaan masa depan lain di AS dan di luar negara.

    Syarikat itu berkata peraturan sedia ada yang lain terhadap maklumat salah pilihan raya kekal tidak berubah.

    Itu boleh membuktikan sukar untuk dikuatkuasakan, kata seorang profesor bersekutu di Universiti Northeastern, John Wihbey yang mengkaji media sosial dan maklumat salah.

    “Ia tidak memerlukan seorang yang genius jika awda berada di pihak yang salah maklumat ‘kami telah dirugikan pada tahun 2020’ untuk berkata, ‘tunggu sebentar, mari kita dakwa bahawa mengundi secara umunya tidak berbaloi. Dan 2020 merupakan contoh kita,” katanya. – AP

    Aplikasi YouTube dipaparkan pada iPad pada 20 Mac 2018, di Baltimore. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda