Friday, May 9, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    YouTuber dibuang daripada menjadi ahli parlimen

    TOKYO, 15 MAC – Seorang YouTuber yang menjadi ahli parlimen telah menjadi ahli parlimen pertama yang dibuang dalam tempoh lebih 70 tahun kelmarin kerana tidak pernah hadir untuk bekerja.

    Yoshikazu Higashitani, yang dikenali dengan nama panggilan dalam taliannya GaaSyy, telah diarahkan untuk memohon maaf atas ketiadaannya selama berbulan-bulan pada awal Mac.

    Tetapi ahli parlimen itu, salah seorang daripada dua ahli parti pinggir, Seijika Joshi 48, atau ‘Gadis Politik 48’, tidak menghadiri sesi parlimen itu juga.

    Higashitani, 51, tidak menjejakkan kaki ke Dewan Ahli Majlis sejak pemilihannya pada Julai 2022, walaupun penggubal undang-undang perlu hadir.

    Bekas ahli perniagaan dan YouTuber itu sebaliknya kekal di rumahnya di Dubai, mendakwa dia mungkin ditangkap jika dia kembali ke Jepun, di mana dia dilaporkan menghadapi soal siasat atas dakwaan fitnah.

    Dewan parlimen Jepun memutuskan pada kelmarin untuk memecatnya dari parlimen.

    Tindakan itu dibuat secara rasmi kelmarin menjadikannya ahli parlimen Jepun pertama yang dibuang kerja sejak 1951, lapor media tempatan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda