Thursday, September 19, 2024
34.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    YouTuber India ditahan kerana video kari burung merak

    freepik

    NEW DELHI, 13 OGOS – Seorang bakal bintang media sosial India telah ditangkap dan ditahan selepas kemarahan yang dicetuskan oleh videonya memasak dan memakan burung kebangsaan yang dilindungi negara itu, seekor burung merak, kata polis.

              Polis berkata Kodam Pranay Kumar telah ditahan kelmarin dan dihantar ke penjara selepas ‘video-video lain dalam telefon bimbitnya mengesahkan’ bahawa burung yang dimasaknya untuk video masakan karinya itu memang burung merak.

              Burung berwarna-warni itu dilindungi di bawah undang-undang hidupan liar yang ketat.

              “Dia kini dipenjarakan selama 14 hari di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar dan kini mahkamah akan memutuskan sama ada dia akan kekal dalam penjara atau mendapat jaminan,” beritahu Akhil Mahajan, penguasa polis di negeri selatan Telangana kepada AFP.

              Para penyiasat juga cuba untuk memastikan bagaimana dan di mana Kumar berjaya mendapatkan burung merak untuk video itu, yang telah dikeluarkan dari salurannya.

              Video itu menunjukkan dia memasak kari burung merak, ‘satu aksi yang didakwa dilakukan untuk menarik lebih banyak tontonan,’ lapor The Times of India.

              “Bagaimanapun, sambutan itu jauh daripada  apa yang dijangkakannya,” tambahnya.

    “Pengguna media sosial mengecam video itu, menuduh Kumar mempromosikan pemakanan hidupan liar haram dan tidak menghormati simbol negara”. – AFP

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda