Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    YouTuber terkenal Australia lawat MPK Sungai Bunga

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 FEB – Majlis Perundingan Kampung (MPK) Sungai Bunga terus menerima kunjungan daripada pelancong luar negara untuk melihat lebih dekat warisan tradisi Brunei.

    Baru-baru ini, dua orang pelawat dari Australia yang sudah tidak asing di laman-laman sosial seperti YouTube dan Tiktok, Josie Kuntze dan Michael Read juga telah mengadakan lawatan ke Pusat Aktiviti Pelancongan Seri Tanjung, MPK Sungai Bunga. Antara lain tujuan lawatan kedua-dua YouTuber terkenal itu adalah untuk mencuba dan melihat lebih dekat lagi cara pemprosesan produk makanan 1K1P yang dikeluarkan oleh kampung berkenaan seperti keropok udang, kuih sapit dan putu mayang di samping menikmati keindahan suasana di kampung berkenaan.

    Selain itu, rombongan juga berpeluang melihat lebih dekat permainan muzik tradisi Brunei iaitu gulingtangan yang telah dimainkan oleh belia kampung itu.

    Semasa lawatan tersebut, Kuntze dan Read dijamu dengan hidangan tengah hari berupa makanan tempatan dan kuih tempatan.

    Dalam lawatan itu, rombongan telah mendengarkan taklimat keselamatan dan program yang terdapat di pusat berkenaan.

    Kuntze dan Read bergambar ramai bersama warga MPK Sungai Bunga. – GAMBAR SERAHAN MPK SUNGAI BUNGA
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda