Thursday, September 19, 2024
34.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    YouTuber Vietnam dipenjara lima tahun

    HANOI, 15 OGOS – Pihak berkuasa Vietnam menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas seorang YouTuber dan ahli kempen berpengaruh yang bersuara mengenai pencemaran dan hak tanah atas tuduhan menentang kerajaan hari ini, kata peguamnya.

    Nguyen Chi Tuyen didapati bersalah kerana ‘menghasil, menyimpan dan menyebarkan maklumat, dokumen dan bahan menentang Republik Sosialis Vietnam’ dan dipenjarakan lima tahun di Hanoi, beritahu peguam Nguyen Ha Luan kepada AFP.

    Tuyen – juga dikenali sebagai Anh Chi – membantu menubuhkan kelab bola sepak No-U FC, dengan ahli-ahlinya membantah tuntutan wilayah China di Laut China Selatan, yang juga dituntut oleh Vietnam.

    Dia lantang bersuara mengenai isu sosial sensitif di Vietnam, termasuk pencemaran alam sekitar dan pertikaian tanah serta konflik global seperti perang antara Rusia dan Ukraine.
    Salah satu saluran YouTube miliknya, Anh Chi Rau Den mempunyai 1,600 video dimuat naik dan 98,000 pengikut.

    Para penganalisis berkata pihak berkuasa di Vietnam telah mempertingkat tindakan keras ke atas penentang dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

    Sebelum perbicaraan, Pemerhati Hak Asasi Manusia (HRW) menggesa pihak berkuasa Vietnam membebaskan Tuyen.

    “Chi Tuyen disasarkan kerana meluahkan pendapat yang tidak disukai mereka.” – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda