Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    YSHHB, MOH, PJSC tandatangani MoU

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 JULAI – Majlis penandatanganan Memorandum Persefahaman (MOU) antara Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) dengan Perkhidmatan Kebajikan Perubatan, Kementerian Kesihatan (MOH) dan Jabatan Kerja Sosial Perubatan, Pusat Pakar Pantai Jerudong (PJSC) berlangsung hari ini di Dewan Serbaguna, Tingkat 4, Kompleks Bangunan YSHHB.

    Majlis diselajurkan dengan pelancaran Penyerahan Penempatan Bantuan Peralatan Pesakit Kepada Golongan Yang Memerlukan kepada kedua-dua agensi berkenaan.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis adalah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II selaku Pengerusi Lembaga Pengarah YSHHB, Menteri Kesihatan Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar selaku Pengerusi PJSC dan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Awang Mohamad selaku Ahli Lembaga Pengarah YHHSB dan juga Pengerusi Jawatankuasa Meneliti Bantuan-Bantuan YSHHB.

    Majlis menandatangani MoU antara YSHHB dengan Perkhidmatan Kebajikan Perubatan,MOH

    Majlis penandatanganan MOU bagi pihak YSHHB ditandatangani oleh Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar) Dr. Nor Imtihan binti Haji Abd Razak selaku Pemangku Pengarah Urusan YSHHB.

    Majlis menandatangani MoU antara YSHHB dengan Jabatan Kerja Sosial Perubatan, PJSC

    Manakala menandatangani bagi pihak Perkhidmatan Kebajikan Perubatan, MOH adalah Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan (MOH) Awang Haji Maswadi bin Haji Mohsin dan bagi pihak Jabatan Kerja Sosial Perubatan, PJSC pula adalah Pengarah Eksekutif PJSC Dr. Haji Mazrul Adimin bin Haji Awang Besar.

    Setelah itu, majlis Penyerahan Penempatan Bantuan Peralatan Pesakit Kepada Golongan Yang Memerlukan telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi, sementara menerima bagi pihak MOH dan PJSC adalah Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Kedua menyampaikan sumbangan berupa mock cheque bagi Penampatan Bantuan Peralatan Pesakit Golongan Yang Memerlukan kepada Menteri Kesihatan sebelum diserah kepada Perkhidmatan Kebajikan Perubatan MOH.
    sMenteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Kedua menyampaikan sumbangan berupa mock cheque bagi Penampatan Bantuan Peralatan Pesakit Golongan Yang Memerlukan kepada Menteri Kesihatan sebelum diserah Jabatan Kerja Sosial PJSC.

    Majlis kemudiannya menyaksikan Yang Berhormat Menteri Kesihatan seterusnya menyerahkannya kepada Awang Abdol Hazis bin Haji Ahad, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) dan pihak (MOH) dan Dr. Haji Mazrul Adimin bin Haji Awang Besar bagi pihak PJSC.

    Projek Penempatan Bantuan Peralatan Pesakit Kepada Golongan Yang Memerlukan ini merupakan projek bantuan jangka masa panjang YSHHB dengan kerjasama MOH dan PJSC.

    Penempatan Bantuan Peralatan Pesakit Kepada Golongan Yang Memerlukan ini nanti akan berpusat di Hospital RIPAS dan PJSC dan merangkumi untuk pesakit di seluruh negara.

    Pengurusan Bantuan Peralatan Pesakit nanti akan dilaksanakan melalui Perkhidmatan Kebajikan Perubatan, MOH dan Jabatan Kerja Sosial Perubatan, PJSC manakala YSHHB pula akan berperanan sebagai pihak yang akan menyediakan peralatan pesakit yang diperlukan.

    YSHHB melalui Perkhidmatan Kebajikan dan Pembangunan Sosial (PKPS) melaksanakan Projek Penempatan Bantuan Peralatan Pesakit Kepada Golongan Yang Memerlukan ini dengan tujuan untuk memastikan pengurusan amal jariah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah serta Ahli Kerabat Diraja Baginda akan dapat dilaksanakan dengan lebih terarah, efektif dan efisyen.

    Dengan hasrat, inisiatif ini akan dapat memberikan ganjaran pahala yang berpanjangan dan berterusan kepada Baginda dan Ahli Kerabat Diraja Baginda selama mana bantuan peralatan yang disediakan diguna pakai serta memberi manfaat kepada pesakit.

    Di samping untuk mengukuhkan lagi jalinan kerjasama yang sedia ada antara YSHHB dengan MOH dan PJSC dan untuk melaksanakan pendekatan secara ‘Whole Of Nation’ dalam mengelinga kebajikan dan kesejahteraan para pesakit yang memerlukan bantuan khususnya dari kalangan pesakit atau keluarga pesakit yang tidak atau kurang berkemampuan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda