Sunday, May 4, 2025
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    YTM Pengiran Anak Sarah selamat meluaran seorang puteri

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Dis – Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memaklumkan bahawa Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, isteri kepada Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, dengan izin Allah, telah selamat meluaran seorang puteri hari ini, 12 Rabiulawal 1439H bersamaan dengan 1 Disember 2017, jam 3:54 petang. Sempena dengan meluaran ini, sebanyak 19 das tembakan meriam telah dilepaskan di perkarangan Istana Nurul Iman.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda