Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    YTM Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim sertai Tabuan Muda

    Oleh Fadhil Yunus – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 JULAI – Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim telah disenaraikan dalam 23 anggota pasukan kebangsaan bawah 19 tahun (B19) dalam Kejohanan Lelaki B19 Tahun ASEAN yang sedang berlangsung di Surabaya, Indonesia.

    YTM Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim yang bermain untuk pasukan remaja DPMM FC adalah di antara beberapa orang pemain yang akan membuat penampilan sulung remaja antarabangsa B19.

    Hadir bagi menghantar pasukan B19 negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei ialah Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Brunei Darussalam (FABD), Haji Mahrub bin Haji Murni.

    Pasukan Tabuan Muda akan bertemu Malaysia esok dalam perlawanan pembukaan Kumpulan C di Stadium Gelora 10 November sebelum berdepan pasukan pilihan Thailand tiga hari kemudian.

    Pasukan negara, yang di bawah bimbingan Aminuddin Jumat, akan menamatkan kempen peringkat kumpulan menentang Singapura pada 25 Julai.

    YTM Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim berkenan beramah mesra sebelum berlepas ke Indonesia untuk menyertai pertandingan tersebut. – GAMBAR SERAHAN FABD
    GAMBAR SERAHAN FABD
    YTM Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim berkenan bergambar ramai sebelum berlepas ke Indonesia untuk menyertai pertandingan tersebut. – GAMBAR SERAHAN FABD

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda