Tuesday, October 3, 2023
33.4 C
Brunei

    -

    Yuan merosot 15 peratus berbanding dolar

    BEIJING, 28 SEPT – Mata wang China yuan merosot kepada tahap rendah 14-tahun berbanding dolar hari ini meskipun usaha bank pusat untuk membendung kemerosotan selepas kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) mendorong peniaga menukar wang kepada dolar dalam usaha mencari hasil pulangan yang lebih tinggi.

    Yuan lebih lemah membantu pengeksport China dengan menjadikan produk mereka lebih murah di luar negara, tetapi ia menggalak aliran keluar modal dari ekonomi negara. Ini sekali gus menambah kos untuk peminjam China dan menghambat usaha Parti Komunis untuk merangsang pertumbuhan ekonomi yang lembap.

    Yuan merosot kepada 7.2301 berbanding dolar, tahap paling rendah sejak Januari 2008. Satu yuan bernilai kira-kira 13.8 sen, merosot 15 peratus daripada tahap tinggi Mac.

    Yuan dijangka merosot berbanding dolar selepas Rizab Persekutuan memulakan kenaikan kadar bertujuan mengawal inflasi yang mencecah tahap tinggi empat dekad. Persekutuan telah menambah kadar lima kali pada tahun ini dan berkata lebih banyak kenaikan mungkin dilaksanakan.

    Secara perbandingan, Bank Rakyat China telah mengurangkan kadar untuk merangsang pertumbuhan yang telah merosot kepada 2.2 peratus berbanding setahun sebelumnya dalam enam bulan pertama 2022 – kurang separuh daripada sasaran rasmi sebanyak 5.5 peratus. – AP

    Pekerja mengendalikan petak yang mempromosi yuan China versi digital di Beijing pada 2 September 2022. Yuan merosot kepada tahap rendah 14 tahun berbanding dolar kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Angka kematian denggi melebihi 1,000 di Bangladesh

    DHAKA, 2 OKT - Lebih 1,000 orang di Bangladesh telah meninggal dunia akibat demam denggi sejak awal tahun ini, menurut angka rasmi, yang menunjukkan...