Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Yulhee rebah di penamat maraton, tekad mahu anak-anak bangga

    Penyanti Yulhee rebah sejurus selesai menamatkan larian maraton sejauh 10 kilometer.

    Perkara itu terjadi ketika Yulhee, 28, menyertai program Run For Your Life.

    Seramai 16 ahli program itu menyertai perlumbaan survival bertujuan memecahkan rekod terdahulu dalam larian 10 kilometer di ‘Sunset Marathon’.

    Pada awal perlumbaan, larian Yulhee dilihat stabil dan tiada masalah dihadapi, menurut petikan mStar.

    Namun di pertengahan pertandingan, larian penyanyi itu dilihat goyah sebelum dia dilihat menangis sambil nafasnya tercungap-cungap.

    Berbekalkan semangat mahu anak-anak bangga dengannya, Yulhee menguatkan semangat dan teruskan larian sehingga ke garisan penamat.

    Walaupun mengalami tekanan fizikal, Yulhee berjaya menamatkan perlumbaan tetapi rebah di garisan penamat.

    Sejurus itu kakitangan perubatan kecemasan segera hadir untuk terus merawatnya.

    Untuk rekod, Yulhee pernah berkahwin dengan penyanyi Choi Minhwan pada 2018 namun bercerai lima tahun kemudian.

    Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata. – Agensi

    Yulhee rebah sejurus tamatkan larian 10 kilometer. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda