Thursday, April 18, 2024
34.4 C
Brunei

    -

    Yuna Rahim sah bergelar isteri

    Pelakon, Yuna Rahim selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihan hati iaitu Muhammad Nurakmal Ayub dengan sekali lafaz baru-baru ini.

    Pasangan itu dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan iaitu Abdul Rahim Awang bersaksikan Imam Masjid Mahmudiyyah Kayu Ara, Muhammad Nazmi Abd Samad pada majlis yang diadakan di Hotel Royale Chulan The Curve, Mutiara Damansara.

    Yuna atau Shafiqah Husna Abdul Rahim, 27, menerima RM300 sebagai mas kahwin daripada Nurakmal bersama lima dulang hantaran yang dibalas tujuh kepada pengantin lelaki.

    Pelakon drama I Love You Mr Clown itu ketika dihubungi mStar berkata, perkenalan dengan Nurakmal, 27, yang juga seorang kru produksi dan penyanyi berkenaan berlaku pada pertengahan tahun lalu sebelum mengambil keputusan mengikat tali pertunangan pada September 2022.

    Meskipun perkenalan singkat, Yuna berkata, dia bersyukur majlis pernikahan mereka berjalan lancar dan akan mengadakan majlis resepsi selepas sambutan Aidilfitri.

    Yuna dan Nurakmal kini sah sebagai suami isteri. – Agensi

    “Kami kenal kurang daripada setahun, sebulan berkawan terus tunang selama enam bulan dan mengambil keputusan berkahwin,” katanya kepada mStar.

    Berkongsi mengenai bulan madu, Yuna berkata, dia dan suami masih belum mempunyai perancangan namun memilih Sabah sebagai destinasi pilihan.

    “Kami masih tiada perancangan untuk bulan madu, sebab kami nak tengok jadual kami terlebih dahulu kerana risau kalau suami atau saya masih ada kerja yang perlu diselesaikan.

    “Kami juga nak kukuhkan ekonomi dulu tapi kalau ada rezeki kami rancang nak bulan madu di sekitar Malaysia terutama Sabah,” kongsinya.

    Sementara itu, majlis pernikahan tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran rakan selebriti seperti Fatin Afeefa, Intan Najuwa, Datin Nina Juren, Wanna Ali, Sharifah Shahora dan Wans Ahmad. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Utusan AS ke PBB berikrar sokong keluarga Jepun yang diculik Korea...

    TOKYO, 18 APRIL - Amerika Syarikat (AS) berdiri bersama Jepun sehingga semua warga Jepun yang diculik oleh Korea Utara beberapa dekad lalu pulang ke...