BANDAR SERI BEGAWAN, 14 SEPT – Yuni-ku Enterprise dengan sukacitanya mengumumkan sambutan ulang tahun ke-15 syarikat, satu pencapaian bermakna dalam industri automotif tempatan.
Sebagai tanda penghargaan atas sokongan dan kepercayaan pelanggan sepanjang tahun-tahun ini, Yuni-ku mempersembahkan promosi khas dengan peluang memenangi hadiah-hadiah eksklusif.
Setiap pelanggan yang membuat pembelian kereta sepanjang tempoh promosi akan berpeluang menyertai cabutan bertuah dengan hadiah-hadiah menarik.
Hadiah utama yang ditawarkan ialah pakej umrah percuma untuk dua orang, lengkap dengan semua perbelanjaan, memberikan pengalaman rohani yang tidak ternilai.
Selain itu, pemenang hadiah kedua akan menikmati percutian mewah ke Kuala Lumpur untuk dua orang, manakala hadiah ketiga pula berupa percutian menarik ke Kota Kinabalu untuk dua orang.
Ketiga-tiga hadiah ini disediakan khas sebagai penghargaan kepada pelanggan yang sentiasa menyokong Yuni-ku Enterprise sepanjang 15 tahun beroperasi.
Promosi ini bukan sahaja meraikan detik bersejarah 15 tahun Yuni-ku Enterprise, tetapi juga sebagai penghargaan kepada pelanggan setia yang telah menjadi nadi kejayaan syarikat.

