Monday, July 21, 2025
30.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Yuni Shara mengaku pakai baju saiz kanak-kanak

    Meskipun berusia 53 tahun, penyanyi Indonesia Yuni Shara mengaku masih memakai pakaian saiz kanak-kanak.

    Detikhot melaporkan, di sebalik penampilan glamor Yuni di atas pentas, penyanyi berkenaan rupa-rupanya membeli pakaian di bahagian kanak-kanak.

    “Ukuran badan saya kecil sangat, kadang-kadang saya perlu mencari saiz baju di bahagian kanak-kanak.

    “Seluar jeans saya bersaiz dua atau tiga. Jadi memang saiznya kecil sangat,” katanya.

    Dalam pada itu, Yuni memberitahu dia sebenarnya lebih selesa bergaya ringkas seperti memakai seluar jean bersama kemeja-T.

    Yuni membeli-belah pakaian di bahagian kanak-kanak. – Metro Daily

    Pun begitu, sekiranya penyanyi berkenaan melakukan persembahan pentas dia lebih mementingkan gaya yang lebih sesuai dengan acara.

    “Saya sebenarnya orang yang sangat ringkas, paling selesa pakai seluar jeans dengan t-shirt sahaja.

    “Tapi kalau ada persembahan pentas, saya perlu bersiap sepenuhnya. Mekap, pakaian dan semuanya harus disediakan dengan rapi.

    “Saya percaya kalau mahu bertahan dalam dunia hiburan, seseorang artis itu perlu ada pakej menarik,” ujarnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda