Wednesday, May 1, 2024
24.2 C
Brunei

    -

    Yusof reda Syamsul tak balik beraya

    Datuk Yusof Haslam reda anaknya, Syamsul, tidak pulang menyambut Aidilfitri di kediaman keluarga.

    Yusof berkata, beliau dan isteri tidak ambil hati atas perkara itu, sebaliknya, menerima apa yang berlaku sebagai qada dan qadar.

    “Syamsul tidak balik beraya dengan kami, tahun ini. Tetapi, tidak apa. Kami tak ambil hati pun dan sudah boleh terima perkara ini. Semua ini adalah qada dan qadar.

    “Tetapi, saya percaya, Syamsul seorang anak, kasih sayang dia pada ibu dan ayah tetap utuh.

    “Biasalah, budak muda merajuk, bukan? Tetapi kami tidak ambil hati,” katanya ditemui Harian Metro pada majlis tayangan perdana filem Sheriff arahan anaknya, Syafiq di GSC MidValley di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

    Yusof reda anaknya tidak pulang menyambut Aidilfitri di kediaman keluarga. – ANN The Star

    Awal bulan lalu, Yusof mendedahkan Syamsul tidak menghubungi dirinya mungkin agak sibuk dengan pembikinan filem.

    Yusof dilaporkan berkata, beliau faham dengan situasi itu kerana Syamsul mungkin sibuk dengan pembikinan filem baharu arahannya, Original Gangster, yang bakal ditayangkan, akhir tahun ini.

    Yusof berkata, beliau dan isteri sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Syamsul.

    “Tidak ada ayah atau orang tua yang mahu melihat kejatuhan anaknya,” katanya.

    Yusof berkata, sebagai bapa, dia perlu matang untuk berdepan dengan situasi yang melanda keluarganya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun nafi akan berundur atas kekalahan partinya dalam pilihan raya...

    TOKYO, 30 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida berkata pada hari ini kekalahan besar parti pemerintahnya dalam pilihan raya kecil hujung minggu lalu...