Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Yusof sangkal dakwaan hanya mahu menantu anak ‘orang kaya’

    Penerbit Datuk Yusof Haslam enggan mengulas dakwaan anaknya yang juga pengarah sensasi, Syamsul Yusof didakwa berkahwin dengan anak pemilik syarikat permotoran.

    Yusof dalam temu bual bersama program hiburan Melodi, TV3 berkata perkara itu di luar pengetahuannya dan isteri, Datin Patimah Ismail. Beliau juga enggan masuk campur kerana mereka tidak tahu menahu mengenainya.

    Katanya, dia hanya mengetahui kisah Syamsul dan wanita berkenaan menerusi aplikasi TikTok, namun tak menafikan terkejut dengan berita itu.

    “Sebenarnya, saya terperanjat tengok dalam TikTok. Saya dan isteri tak tahu menahu mengenai hubungan mereka.Kami tak boleh komen sebab ia di luar pengetahuan.

    “Mungkin tidak betul, mungkin masa Syamsul beli kereta dahulu. Jadi, Syamsul kenal pemilik dan anak perempuannya. Lagipun, saya tengok itu gambar lama,” katanya.

    Sementara itu, Yusof turut menyangkal dakwaan tindakan isterinya yang menyukai foto wanita di Instagram tanda merestui hubungan itu.

    “Isteri saya letak tanda suka bukan bermakna merestui, tidak. Zaman siber sekarang orang boleh buat macam-macam andaian,” ujarnya.

    Pemilik syarikat produksi Skop Production turut menyangkal dakwaan dia dan isteri hanya mencari menantu setaraf.

    Katanya, dia dan isterinya tidak pernah meletakkan status, malah merestui sesiapa sahaja pilihan anak. – Agensi

    Yusof dan Patimah tidak memandang status, sebaliknya merestui sesiapa sahaja pilihan anak. – Kosmo Digital
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...