Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Yusri harap tiga tonggak segera pulih influenza

    IPOH, 28 NOV – Pengendali Perak FC, Yusri Che Lah berharap tiga pemain utamanya segera pulih dan dapat diturunkan dalam aksi Liga Super menentang Sabah FC di Stadium Perak, Ahad ini.

    Tiga pemain berkenaan iaitu Azalinullah Alias, Luka Milunovic dan Aiman Khairul Yusni masih direhatkan akibat dijangkiti Influenza selepas pulang daripada menghadapi perlawanan persahabatan di Indonesia, baru-baru ini.

    “Empat pemain menghidapi virus Influenza selain beberapa pemain lagi ada menunjukkan tanda-tanda jangkitan ini dan ia sedikit sebanyak mengganggu percaturan kami.

    “Perlawanan menentang Sabah amat penting dalam pemburuan kedudukan dalam liga. Saya perlu menurunkan kesebelasan terbaik bagi memburu kemenangan dan saya harap mereka boleh beraksi,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

    Yusri berkata ia bukan tugas mudah buat skuad The Bos Gaurus kerana mereka perlu memberikan aksi terbaik dalam perlawanan penting berhadapan anak buah Datuk Ong Kim Swee.

    “Idea dan rancangan kami ialah untuk meletakkan pemain terbaik dalam padang dan kami perlu memilih dengan bijak supaya boleh bermain dengan cemerlang dalam perlawanan penting ini.

    “Ketiadaan Azalinullah dan Luka Milunovic merupakan kekosongan besar buat pasukan namun kami perlu positif kerana bagi kami yang penting adalah fokus dan berikan keputusan terbaik kelak,” katanya.- Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...