Sunday, July 13, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Yusry lebih popular, Norman tidak cemburu

    Anggota KRU, Datuk Norman Abdul Halim, 53, tidak pernah cemburu terhadap adiknya, Datuk Yusry yang lebih popular berbanding dirinya dan juga Edry.

    Norman berkata, antara mereka bertiga memang Yusry yang mempunyai ramai peminat terutama di kalangan wanita sejak dari dulu sampai sekarang.

    “Dalam KRU, Yusry paling ramai peminat di kalangan wanita yang crush pada dia. Manakala saya dan Edry, biasa saja. Kami ada peminat, tapi tidaklah seramai Yusry.

    “Tapi, saya sedikit pun tak pernah rasa cemburu dengan Yusry sebab dia paling ramai peminat sampai sekarang. Kalau Edry pun macam Yusry punya ramai peminat, saya tetap okay sebab kami, KRU.

    “Bagi saya, sebagai abang tiada sebab nak cemburu pada adik-beradik. Lagi pula, dalam KRU memang Yusry adalah penyanyi utama kami dan vokal dia (Yusry) bila nyanyi pun sedap,” katanya kepada Harian Metro.

    Menurut Norman lagi, posisinya dalam KRU adalah sebagai rapper dan baginya kedudukan itu sudah terbaik sekali gus melengkapkan KRU sebagai trio.

    “Dalam KRU, saya bukan penyanyi tapi rapper dan memang saya suka pun. Sebab nak ‘rap’ dalam lagu-lagu KRU itu sangat kena dengan jiwa saya.

    “Apapun, saya sangat berterima kasih kepada semua peminat KRU kerana masih setia menyokong kami dalam tempoh 33 tahun ini sejak KRU ditubuhkan pada 1990-an dulu,” katanya.

    Pada awal Mei lalu, KRU meledak popular selepas kejayaan Konsert GenKRU di Axiata Arena Bukit Jalil yang mendapat sambutan hangat penonton, sekali gus daripada peminat setia mereka. – Agensi

    Norman (kanan) tidak cemburu dengan populariti Yusry (kiri). – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda