Wednesday, February 19, 2025
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Zabaleta ucap selamat tinggal

    MANCHESTER, 17 Mei – Pemain kegemaran Manchester City, Pablo Zabaleta berkata bahawa masanya bersama kelab itu adalah seperti ‘mimpi’ selepas mengucapkan selamat tinggal awal pagi tadi, menyatakan kemenangan ke atas Manchester United sebagai detik terbaik peribadinya.

    Pemain bek kanan dari Argentina yang berusia 32 tahun itu, akan meninggalkan City akhir musim ini dan telah membuat 333 kemunculan dengan warna kelab dalam kemenangan 3-1 ke atas West Bromwich Albion di Stadium Etihad.

    Dia telah diberi penghormatan dalam acara selepas perlawanan, apabila dia memilih kemenangan dramatik Liga Perdana pada tahun 2012 dan menewaskan United dalam separuh akhir Piala FA 2011 sebagai detik terbaiknya.

    “Sebagai seorang pemain dan peminat bola sepak, ia adalah satu impian untuk datang ke Liga Perdana,” kata Zabaleta kepada para penyokong di Etihad.

    “Saya katakan kepada teman wanita saya, kini sudah menjadi isteri saya, ‘Jom pergi ke Manchester. Saya akan berseronok di sana. ia hanya bagi tiga atau empat tahun’. Jadi saya terpaksa meminta maaf, ia sudah sembilan tahun! – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda