Tuesday, July 15, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Zac Efron kembali tonjolkan bakat muzikal

    KALI terakhir aktor kacak ini muncul di dalam drama atau filem berbentuk muzikal adalah menerusi siri yang mencetuskan fenomena, The High School Musical lebih sedekad lalu.

    Sejak itulah, selebriti berusia 30 tahun ini meraih populariti yang menakjubkan di Hollywood.

    Bukan hanya perkembangan seninya saja, malah setiap inci pergerakan Zac menjadi buruan paparazi dan peminat dek limpahan glamor sebagai aktor kelas A Hollywood.

    Selepas siri berkenaan, Zac berada dalam posisi mengembangkan kerjaya lalu berlakon di dalam filem hits Hollywood yang bukan  genre muzikal. Mungkin kerana figuranya yang mudah ‘menangkap’ mata dan hati peminat wanita, Zac sering ditawar mendukung watak humor mahu pun romantik seiring dengan usianya.

    Antara filem selepas High School Musical yang berjaya menaikkan namanya ialah The Lucky One, That Awkward Moment dan Baywatch di samping Dwayne Johnson dan Priyanka Chopra.

    Zac Efron kembali menjayakan filem yang berkonsepkan muzikal dalam The Greatest Showman.

    Bagaimanapun, setelah sekian lama menyepikan diri, aktor asal California, Amerika Syarikat itu kembali beraksi menerusi sebuah filem muzikal, The Greatest Showman. Berbeza dengan siri filem The High School Musical, The Greatest Showman memaparkan sisinya yang lebih dewasa dan matang.

    Filem hebat ini turut didukung oleh pelakon berkaliber, Hugh Jackman dan Michelle Williams.

    Mengulas lanjut mengenai penglibatannya di dalam filem berkenaan, Zac mengakui cukup teruja untuk kembali menyanyi dan berlakon pada masa sama, selain dapat bekerjasama dengan pelakon yang turut menjadi idolanya.

    “Sudah tentu ini merupakan antara pengalaman manis. Dapat menjayakan sesuatu yang sudah lama tidak dilakukan tetapi dalam situasi yang begitu berbeza. Saya bertuah kerana berpeluang berlakon dengan pelakon senior yang sukses,” katanya menerusi sebuah temu bual.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda