Wednesday, July 3, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Zaccagni penyelamat pasukan Itali

    LEIPZIG, 25 JUN – Pemain gantian Itali, Mattia Zaccagni menjaringkan gol pada minit akhir masa kecederaan untuk membawa Itali mara ke peringkat kalah mati Kejohanan Eropah selepas seri 1-1 dengan Croatia kelmarin.

    Jaringan Luka Modric pada separuh masa kedua kelihatan akan membawa Croatia mara sebagai naib juara Kumpulan B, tetapi Zaccagni melakukan rembatan cemerlang ke dalam gawang pada minit kelapan masa tambahan untuk menamatkan perlawanan yang penuh emosi daripada juara bertahan itu.

    Jurulatih Croatia, Zlatko Dalic tidak berpuas hati dengan tambahan masa yang begitu panjang selepas persembahan gigih daripada pasukannya.

    “Kamu tidak boleh memberikan lapan minit masa tambahan selepas perlawanan itu, ia mengarut,” kata Dalic. “Tiada begitu banyak rehat dalam permainan, atau begitu banyak kesalahan untuk menjustifikasikannya. Saya tidak mahu menimbulkan kekecohan tetapi saya fikir Croatia perlu diakui dan dihormati. Kami bermain selama hampir tiga jam.”

    Itali memerlukan satu mata untuk mara ke peringkat seterusnya, manakala Croatia secara realistik memerlukan kemenangan untuk kekal dalam kejohanan itu.

    Pasukan Croatia mempunyai dua mata daripada tiga perlawanan mereka dan bergantung kepada keputusan perlawanan lain untuk melihat sama ada ia mencukupi untuk menjadi sebagai salah satu pasukan di tempat ketiga terbaik.

    Dalic tidak menyebut tentang menunggu. Dia percaya pihaknya sudah pun terkeluar.– AP

    Aksi Zaccagni menjaringkan gol pembukaan pasukannya semasa menentang Croatia di Leipzig, Jerman pada 24 Jun 2024. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kanak-kanak hilang disyaki diserang buaya di Australia

    SYDNEY, 3 JULAI - Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun yang hilang di kawasan terpencil di utara Australia mungkin ‘diserang buaya’, kata polis pada hari...