Thursday, July 4, 2024
23.2 C
Brunei

    -

    Zafer Mustafaoglu kini Pengarah Wilayah Bank Dunia Filipina, Malaysia dan Brunei

    KUALA LUMPUR, 1 JULAI – Bank Dunia melantik Zafer Mustafaoglu sebagai Pengarah Wilayah untuk Filipina, Malaysia dan Brunei Darussalam berkuat kuasa 1 Julai 2024.

    Dalam satu kenyataan hari ini, ia berkata Mustafaoglu akan menyelia program-program sokongan Bank Dunia di tiga negara berkenaan, bagi memajukan dialog dasar institusi dengan pegawai-pegawai kerajaan, masyarakat sivil, ahli-ahli akademik, sektor swasta dan pihak-pihak berkepentingan utama yang lain.

    Mustafaoglu berkata beliau berbesar hati untuk memegang jawatan itu di ketiga-tiga negara tersebut yang merupakan kuasa ekonomi paling rancak di rantau Asia Timur dan global, dengan pencapaian ketara dalam transformasi ekonomi dan pembasmian kemiskinan.

    “Saya berharap dapat mengadakan pertemuan dengan rakan-rakan kongsi kami di seluruh kerajaan, sektor swasta, masyarakat sivil dan institusi akademik untuk memperdalam pemahaman saya tentang cabaran pembangunan yang unik dihadapi oleh negara-negara itu dan untuk meneroka bagaimana Bank Dunia boleh terus menyumbang kepada kemajuan mereka,” katanya.

    Mustafaoglu ialah warga Turkiye yang telah menyertai Bank Dunia sejak 2005. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    NZ anjur pertandingan hapus kucing liar

    WELLINGTON, 3 JULAI – Pertandingan membunuh kucing liar yang diadakan secara tahunan di New Zealand dijangka diperluas tahun depan, kata penganjur acara hari ini,...