Friday, February 7, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Zaha sertai Galatasaray selama tiga tahun

    ISTANBUL, 25 JULAI – Wilfried Zaha telah menandatangani kontrak selama tiga tahun bersama Galatasaray dengan nilai perjanjian sebanyak 15.4 juta euro selepas kontraknya dengan Crystal Palace tamat, juara Turki itu mengumumkan semalam.

    Penyerang berusia 30 tahun itu akan menerima bonus penandatanganan sebanyak 2.33 juta euro dan gaji tahunan sebanyak 4.35 juta euro, kata Galatasaray.

    Di samping pengalaman singkat bersama Manchester United dan Cardiff City antara tahun 2013 dan 2014, Zaha tetap setia kepada Crystal Palace sejak penampilan sulung profesionalnya pada tahun 2010, dengan mencipta 90 gol dalam 458 penampilan.

    Pemain asal Ivory Coast itu juga menjadi sasaran Fenerbahce, saingan Galatasaray di bandar Istanbul, sebelum memilih untuk menyertai Galatasaray.

    Dia juga akan bermain dengan pemain penyerang Argentina, Mauro Icardi, secara pinjaman dari Paris Saint-Germain, di kelab Istanbul tersebut.

    Selain itu, Zaha juga akan bermain bersama penyerang antarabangsa dari Republik Kongo, Cedric Bakambu, yang menandatangani kontrak bersama Galatasaray pada Ahad lalu. – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda