Saturday, March 15, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Zaharieva, suara terkuat dunia

    STAROSEL – Smilyana Zaharieva mengetahui bahawa dia mempunyai bakat apabila dia melihat penontonnya menangis dan gementar semasa dia membuat persembahan.

    Sekarang, rekod dunia The Guinness secara rasmi mengesahkan bahawa penyanyi dari Bulgaria ini, mempunyai suara yang paling kuat di dunia ini, yang masih kedengaran merdu, sempurna walaupun membuat persembahan konsert rock. Zaharieva berkata bahawa dia menangis tatkala menerima sijil rekod dunia itu bulan lepas, mengesahkan bahawa suaranya mampu mencapai vocal mezzo-soprano yang paling kuat.

    Guru dari Ireland, Annalisa Flanagan memegang rekod suara yang paling kuat di dunia dengan 121 desibel, tetapi tidak ada rekod nyanyian terdahulu. Penyanyi dari bandar selatan Plovdiv itu berdepan dengan beberapa syarat yang begitu sukar.

    Zaharieva terpaksa menyanyi di studio yang sunyi dan berusaha untuk melepasi 110 desibel, melepasi bendul suara bagi manusia normal dan perakam suara diletakkan 2.5 meter jauh daripadanya, Zaharieva terpaksa menahan suara itu sekurang-kurangnya lima saat. Tahap kekuatan suara Zaharieva seakan-akan menyamai dengan persembahan konsert rock, orkestra simfoni atau bunyi kenderaan kecemasan.

    Semasa waktu kecil, Zaharieva mempelajari nyanyian rakyat di Sekolah Kebangsaan Seni Rakyat yang terletak di kawasan pergunungan Rhodope di Selatan Bulgaria sebelum menyambung ke bidang ijazah di Plovdiv Conservatory of Music. Selama beberapa tahun, Zaharieva merupakan antara penyanyi koir, The Great Voice of Bulgaria, mengelilingi dunia. Tetapi pada tahun 1996, dia menamatkan kerjayanya itu.

    Tahap kekuatan suara Zaharieva seakan-akan menyamai persembahan konsert rock, orkestra simfoni atau bunyi kenderaan kecemasan. – AFP

    Mencabar kebolehan diri

    Pada tahun 2015, dia mencabar dirinya untuk menyanyikan 101 bagpipes Rhodope tradisional, Kaba Gaida. Svetla Stanilova, Ketua Konservatori Muzik Plovdiv, mengiktiraf kebolehan vokal Zaharieva yang luar biasa dan menakjubkan.

    Pengarah opera, Sofia Plamen Kartaloff lebih skeptikal pada rekod, “Idea yang lucu untuk mengukur suara seseorang,” katanya, sambil menambah terdapat lagi beberapa penyanyi opera yang terkenal dengan suara mereka – mungkin lebih kuat daripada Zaharieva – yang tidak pernah diukur.

    Mempunyai ilmu dalam bidang yoga dan berminat dalam teknik meditasi Timur, Zaharieva ingin meneroka kesan-kesan kuratif suara dan berusaha untuk berkolaborasi dengan seniman-seniman yang lain. Dia telah meminta penyanyi dari Amerika Syarikat, Madonna untuk bekerjasama.

    Zaharieva menggunakan instrumen lirik Kristal, yang mempunyai nilai kesan yang menenangkan, santai dan bermeditasi. “Setiap bunyi perlu sepadan dengan sumber tenaga kita di dalam badan dan organ,” penyanyi itu menjelaskan dan pelbagai kombinasi bunyi dapat menyembuhkan beberapa penyakit. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda