Thursday, February 6, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Zahir emosi pada lukisan jalanan

    HOUSTON – Lebih daripada 200 artis di seluruh dunia telah mengambil bahagian dalam acara Houston Via Colori pada tahun ini yang merupakan salah satu perayaan seni terbesar dan paling terkenal di Texas, AS.

    Dalam acara bagi tahun ke-12 ini, Via Colori telah berjaya menarik seramai 30,000 pengunjung yang turut berpeluang untuk menyaksikan pelbagai persembahan muzik secara langsung, membeli dan menikmati pelbagai hidangan yang dijual dan menyaksikan keindahan seni lukisan jalanan yang dihasilkan oleh pelukis dari seluruh dunia.

    Pelukis dari China, Wu Yingde menyertai acara tersebut buat kali pertama pada tahun ini dan menjelaskan bahawa beliau telah mengambil ilham untuk memotretkan lukisan yang menampilkan sifat tolong-menolong antara individu sewaktu peristiwa bencana Taufan Harvey.

    “Saya jelas dapat merasakan kesungguhan para individu yang saling tolong-menolong di antara individu sewaktu bencana Taufan Harvey melanda,” jelas Wu kepada Xinhua.

    Wu turut menjelaskan bahawa pengalaman melukis di kawasan jalanan nyata sangat berbeza ketika berkarya di dalam sebuah studio.

    Antara pelukis yang cuba menzahirkan emosi pada lukisan di jalanan di Houston. – Xinhua

    “Di sini, para pengunjung dapat melihat sendiri bagaimana proses sesuatu seni lukisan itu dihasilkan malah pertukaran pendapat melalui komunikasi sesama artis juga dapat dilakukan,” jelas Wu.

    Guru seni, Kevin Richert yang telah menghadiri acara tersebut selama lapan tahun berturut-turut menjelaskan bahawa ia merupakan satu pengalaman menarik untuk berkumpul bersama dalam satu komuniti tambahan lagi jumlah pengunjung juga semakin meningkat dari masa ke semasa.

    “Rata-rata pengunjung jelas berasa terhibur ketika menyaksikan proses lukisan dihasilkan dan kami sebagai pelukis setentunya akan semakin bersemangat dengan sokongan yang diterima,” jelas Richert.

    Pelukis muda, Brenda Melgar menjelaskan bahawa dia mula mengambil bahagian dalam acara itu buat kali pertama sewaktu masih lagi bergelar pelajar sekolah menengah beberapa tahun yang lalu.

    “Setentunya ia merupakan satu pendedahan yang baik kepada golongan muda tambahan lagi ia memberi manfaat kepada Pusat Bantuan Mendengar dan Bertutur yang merupakan pusat terbesar di Houston yang menyokong usaha untuk membantu kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran tanpa bantuan bahasa isyarat,” jelasnya kepada Xinhua.

    Diusahakan oleh Pusat Bantuan Mendengar dan Bertutur, aktiviti itu diadakan bertujuan untuk membiayai perkhidmatan kesihatan dan pendidikan krtikal untuk kanak-kanak tempatan yang mengalami masalah pendengaran. Sejak penubuhannya, acara tersebut telah berjaya mengumpulkan lebih dari AS$3 juta untuk merealisasikan tujuan itu. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda