
BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JULAI – Bagi menyemarakkan dan memeriahkan lagi Sambutan Perayaan sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-73 tahun, Pusat Dakwah Islamiah (PDI), Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) dengan kerjasama Persatuan Nurul Islam dan Kelas Bimbingan Mualaf telah mengadakan persembahan bercorak keagamaan di kawasan lapang berhadapan Muzium Alat-alat Kebesaran Diraja, di ibu negara, baru-baru ini. (Klik di sini untuk cerita lanjut)