Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Zahirah dan Aiman pilih tidak layan isu Fathia Latiff

    Pasangan pelakon Malaysia, Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza tetap dengan pendirian untuk tidak melayan atau membalas kenyataan dikeluarkan aktres Fathia Latiff terhadap mereka sebelum ini.

    Memetik laporan mStar, Zahirah, 29, berkata, sekiranya beliau ingin mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara itu beliau sudah melakukannya sejak awal.

    “Saya rasa kalau nak komen, sudah lama saya komen.

    “Saya rasa awak sudah nampak selama ini macam mana. Kalau nak komen, memang sudah lama saya buat,” katanya kepada mStar.

    Zahirah ditemui ketika majlis pelancaran koleksi raya Clarks With Zahirah di The Exchange Mall (TRX), Kuala Lumpur, kelmarin.

    Sementara itu, Aiman turut memilih berdiam diri apabila ditanya petugas media mengenai kontroversi yang turut membabitkan namanya.

    Pada Januari lalu, Fathia mencetuskan kekecohan apabila menyamakan wajah Zahirah seperti bibik atau pembantu rumah.

    Tidak cukup itu, aktres kontroversi itu turut memuat naik foto lama bersama Aiman dengan beranggapan bekas teman lelakinya itu masih mencintainya.

    Untuk rekod, Aiman dan Zahirah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Isaac Raees yang kini berusia dua tahun.

    Pasangan ini juga bakal menimang cahaya mata kedua selepas memaklumkan berita gembira itu di Instagram pada pertengahan

    Disember lalu.

    Sebelum itu, Aiman dan Fathia pernah menjalinkan hubungan cinta selama dua tahun namun mereka berpisah pada 2015.

    Bagaimanapun setahun selepas berpisah, Fathia pernah memberitahu hubungannya dengan Aiman kembali pulih sebagai kawan bagi memenuhi tuntutan Islam yang melarang memutuskan silaturahim sesama manusia. – Agensi

    Nama Zahirah dan Aiman menjadi bualan sejak beberapa bulan lalu. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda