Thursday, December 5, 2024
30 C
Brunei

    Berita Terkini

    Zahnita sedih, padam foto dalam IG

    “Sebesar mana saya selamatkan tahun ini? Nyawa saya,” demikian hantaran Instagram Story terbaru bekas model dan pelakon, Zahnita Wilson, 39.

    Menurut Harian Metro, pendedahannya menjadi mangsa keganasan rumah tangga mendapat perhatian meluas dan Zahnita menzahirkan tanda terima kasih atas ucapan dan sokongan diberikan pengikut dalam media sosial.

    “Assalamualaikum, terima kasih atas ucapan dan sokongan semua. Saya akan bersama dengan awda sedikit masa saja lagi,” tulisnya.

    Dia juga memadam segala hantaran terdahulu dalam akaun Instagramnya dan cuma tinggalkan sebuah video.

    Zahnita yang mengenakan hoodie dan berkaca mata turut dilihat gagal menahan air mata.

    Dalam pada itu, dia menyerahkan urusan perniagaan pai diusahakannya kepada dua rakannya buat masa ini.

    Terdahulu, aktres itu mendedahkan penderitaan dialaminya dalam rumah tangga dengan memuat naik foto keadaan matanya lebam kerana sudah tidak tahan lagi.

    Semalam, Mahkamah Majistret Kuantan membenarkan perintah reman tiga hari terhadap suami Zahnita. – Agensi

    Zahnita menjadi mangsa keganasan rumah tangga. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda