Tuesday, May 13, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Zainal Abidin harap Penang FC kekalkan disiplin tinggi

    GEORGE TOWN, 21 JULAI – Pengendali pasukan Penang FC, Zainal Abidin Hassan mahu mengubah cara berfikir anak buahnya agar terus menunjukkan disiplin yang tinggi dalam perlawanan seterusnya.

    “Saya mahu tukar mindset mereka agar tidak cuma menunjukkan disiplin yang tinggi apabila menentang pasukan seperti Terengganu FC dan Johor DT (JDT). Mereka kena kekalkan standard walau siapapun pasukan lawan.

    “Terdapat sedikit kecuaian yang telah memberi pasukan lawan peluang mendapatkan gol kemenangan, tetapi dari segi semangat bermain ada banyak peningkatan,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan menentang JDT malam kelmarin.

    Walau bagaimanapun, Zainal Abidin memuji prestasi dan disiplin yang ditunjukkan Skuad Harimau Kumbang dalam perlawanan menentang pendahulu Liga Super itu walaupun kalah 0-1 di hadapan 6,252 penonton di Stadium Bandaraya semalam.

    Beliau turut berpendapat sekiranya momentum disiplin boleh dikekalkan dan digandingkan dengan serangan yang lebih tajam pada masa akan datang, beliau yakin pasukan itu boleh pergi lebih jauh.

    Penang setakat ini hanya mengumpul tujuh mata selepas mengharungi 11 perlawanan apabila menang sekali, seri empat kali dan tewas enam kali. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda