Monday, August 15, 2022
23 C
Brunei

Zainal Abidin mahu pelbagaikan gaya permainan Penang FC

-

GEORGE TOWN, 19 JUN – Pengendali baharu Penang FC, Zainal Abidin Hassan merancang untuk mempelbagaikan gaya permainan pasukan di samping mengekalkan senjata yang ada pada skuad Harimau Kumbang itu.

Katanya, tidak dinafikan senjata sulit pasukan Penang FC adalah pemain import Brazil Anselmo Arruda Da Silva atau lebih dikenali sebagai Casagrande.

“Benda yang baik harus saya kekalkan sambil mempelbagaikan gaya perlawanan supaya pasukan lawan tidak dapat membaca permainan dengan semudahnya.

“Mereka masih baharu dengan saya. Mereka ada mencuba membuat sesuatu baharu tapi ada juga menggunakan senjata yang selalu digunakan iaitu mencari Casagrande dan ia masih lagi menjadi apabila dia dapat menjaringkan gol,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan menentang Petaling Jaya (PJ) City FC malam tadi.

Penang FC kekal di kedudukan tercorot Liga Super ketika ini selepas terikat 1-1 menentang PJ City FC di Stadium Bandaraya malam tadi.

Mengulas mengenai permainan semalam, beliau berkata skuad Harimau Kumbang tidak dapat bermain dengan cemerlang kerana dihantui tekanan untuk meraih tiga mata.

“Pada separuh masa pertama mereka masih terumbang ambing dan cuma mula nampak peningkatan yang baik pada separuh masa kedua apabila berjaya menyamakan kedudukan.

“Bagaimanapun, pasukan kembali terumbang-ambing apabila Casagrande dikeluarkan kerana tidak dapat meneruskan permainan akibat kecederaan pada minit ke-70,” katanya.

Sementara itu, ketua jurulatih PJ City P. Maniam berkata beliau berpuas hati dengan prestasi pasukannya yang disebabkan oleh keserasian dan keharmonian pasukan tersebut. – Bernama

Zainal Abidin Hassan (kanan) merancang untuk mempelbagaikan gaya permainan pasukan di samping mengekalkan senjata yang ada pada skuad Harimau Kumbang itu.- Bernama
- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Lelaki lepas 5 das tembakan di lapangan terbang ditahan

SYDNEY, 14 OGOS – Seorang lelaki bersenjata melepaskan lima das tembakan di lapangan terbang utama Canberra hari ini, menyebabkan penumpang melarikan diri tetapi tidak...
- Advertisment -