Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Zamani akui bimbang jalani pembedahan

    Penyanyi Zamani Ibrahim, 51, sudah mempersiapkan diri untuk menjalani pembedahan membetulkan tulang belakang melengkung akibat penyakit skoliosis di sebuah pusat perubatan swasta di Cheras pada 7 November ini.

    Zamani berkata, persediaan mental adalah perkara paling utama dititik beratkan berikutan pembedahan besar. Kali terakhir, dia pernah melakukan pembedahan membuang batu karang, kira-kira 20 tahun lalu.

    “Perasaan takut tetap ada, tetapi bukanlah disebabkan bimbang perkara buruk berlaku. Segala-galanya saya serahkan kepada ketentuan Allah.

    “Saya agak takut kerana ini adalah pembedahan besar pertama yang dilalui. Saya dimaklumkan pembedahan akan mengambil masa selama dua jam setengah.

    “Saya akan ditidurkan ketika pembedahan. Dari segi persiapan fizikal, saya mengikut saranan doktor mengamalkan diet dan mengambil banyak vitamin.

    Zamani berkata, persediaan mental adalah perkara paling utama dititikberatkan berikut-an pembedahan besar. – Agensi

    “Sebelum ini, saya hanya pernah melakukan pembedahan kecil membuang batu karang,” katanya kepada wartawan selepas majlis bacaan yasin dan doa selamat secara virtual, baru-baru ini.

    Berkongsi mengenai keadaan diri selepas pembedahan, penyanyi Syair Si Pari Pari itu berkata, dia memerlukan rehat sehingga tiga bulan sebelum kembali bekerja.

    “Mengikut penerangan doktor, saya boleh pulih dalam tempoh dua hingga enam minggu bergantung kepada daya ketahanan tubuh.

    “Sepanjang tempoh ini, saya perlu mendapatkan rawatan susulan dan menjalani latihan fisioterapi.

    “Bagaimanapun, saya akan pulih hingga boleh kembali aktif mungkin memakan masa sehingga tiga bulan. Itupun bergantung pada kekuatan antibodi,” ujar vokalis kumpulan Slam ini.

    Pada majlis itu, Zamani mengharapkan peminat dapat mendoakan kesejahteraan dan urusan pembedahannya berjalan lancar serta dipermudahkan. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...