Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Zamarul Hisham amal rutin berdoa

    Bagi mendapatkan keberkatan hidup dan dipermudahkan urusan harian, pelakon, Zamarul Hisham, mengamalkan rutin membaca doa sebelum bergerak ke set penggambaran setiap hari.

    Kata Zamarul atau Zamarul Hisham Mohamed, 53, kebiasaannya dia akan membaca doa ketika bersendirian di dalam kenderaan sebelum memulakan perjalanan ke lokasi.

    “Sebelum bergerak ke lokasi penggambaran, saya akan duduk di dalam kereta terlebih dahulu tanpa hidupkan enjin.

    “Apa yang saya buat adalah saya akan berdoa berkali-kali sehinggalah saya rasa cukup. Selagi diri saya rasa belum puas, saya akan terus berdoa.

    “Kemudian barulah saya akan bergerak ke lokasi penggambaran. Mungkin disebabkan saya adalah seorang penghidap kecelaruan obsesif kompulsif (OCD),” katanya kepada mStar.

    Kata Zamarul lagi, amalan berdoa di dalam kenderaan sebelum menuju ke lokasi kerja sudah dilakukan sejak awal pembabitannya dalam industri seni.

    Malah, rutin itu seakan sudah sebati dan menjadi perkara harus dilakukan setiap hari.

    “Antara doa yang saya mohon adalah supaya dikurniakan penghayatan yang kuat dalam lakonan saya supaya orang yang melihat akan sukakan lakonan saya.

    “Memang saya praktikkan amalan itu sejak mula ceburi lakonan hampir 30 tahun lalu. Jadi doa begitu sudah jadi sebati dalam diri,” ujarnya. – Agensi

    Zamarul amalkan membaca doa dalam kereta sebelum bergerak ke lokasi penggambaran. – Agensi

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda