STOCKHOLM, 4 OGOS – Zara Larsson hari ini mengumumkan bahawa dia telah menamatkan kerjasamanya dengan Huawei China untuk mempromosikan telefon pintarnya, dengan mengatakan China ‘bukan negara yang baik’.
Bercakap dengan penyiar TV4, Larsson, mengatakan kerjasama itu telah berakhir beberapa bulan yang lalu.
“Ini bukan sesuatu yang saya perlu pertahankan,” tambahnya.
Larsson, yang merupakan salah seorang penyanyi antarabangsa terkenal Sweden, pertama kali mencapai populariti pada tahun 2013. Pada bulan April 2019, Zara Larsson membuat perjanjian promosi dengan Huawei untuk memasarkan pelancaran telefon pintar baharu. – AFP