Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Zara Zya dituduh cuba rampas suami orang

    Zara Zya dituduh cuba rampas suami orang

    Tiada angin tiada ribut, seorang individu mendakwa pelakon Zara Zya merampas suaminya menerusi perbualan mesej di laman Facebook.

    Berang dengan tuduhan yang dilemparkan, Zara atau Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 39, menyifatkan dakwaan tersebut sebagai tidak berasas serta tidak benar. Katanya, dia tidak ambil pusing dengan tuduhan tersebut kerana menganggap individu yang mengirim mesej berkenaan seperti kurang siuman.

    “Dakwaan perempuan itu memang sangat tidak berasas, macam tiba-tiba saja. Penyondol celah mana sedangkan saya tak pernah ke arah itu pun. Daripada situ saya dah boleh agak yang dia tak berapa ‘sihat’ tapi saya tertanya jugalah macam mana orang begini boleh ada akaun sosial media sendiri,” katanya Ketika dihubungi mStar kelmarin.

    Sebelum ini, Zara berkongsi tangkap layar mesej dari seorang individu yang menuduhnya ‘menyondol’ suami orang serta menghina rupa paras seperti seekor haiwan. Dalam pada itu, Zara meluahkan kebimbangan kerana sentiasa menjadi mangsa serangan peminat fanatik yang terlalu obses terhadapnya.

    “Sangat menakutkan, sebab selalunya golongan lelaki sahaja yang suka serang saya dan tak pernah pula seteruk ini. Selepas jadi macam ini makin bertambah risau, dan saya perlu beringat tak kisah jantina setiap orang berisiko mendatangkan bahaya sebenarnya,” jelasnya.

    Mengulas lanjut tentang langkah keselamatan untuk menghalang perkara itu daripada berulang, Zara memberitahu dia hanya mampu menyekat pihak tersebut dari terus menghubunginya. Sekiranya terpaksa bersemuka dengan ‘golongan’ tersebut, Zara akan memastikan dirinya dikawal rapat bagi menghindari perkara tidak diingini berlaku.

    “Saya sudah block individu tersebut tapi setakat itu sajalah. Kalau dalam sosial media senang tapi kalau bersemuka macam mana kita nak halang kalau ada yang cuba apa-apakan kita. Sebab itu saya kalau nak jumpa orang ramai, memang akan ada orang yang jaga saya misalnya pengawal peribadi dan sebagainya,” kongsinya. – Agensi

    Zara menyifatkan tuduhan terhadapnya sebagai tidak berasas. – mStar

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda