Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Zara Zya rasa muak, minta henti ‘dikenenkan’

    Pelakon Zara Zya meluahkan rasa kurang senang apabila ada segelintir pihak yang gemar mengaitkan namanya dengan lelaki sebagai jodoh pilihannya.

    Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 40, berkata tindakan membuat andaian dirinya bersama lelaki tertentu bukan sahaja tidak berasas, malah menimbulkan rasa tidak selesa.

    “Hentikanlah perangai suka menjodohkan orang ini, muak!” katanya.

    Zara berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Threads miliknya.

    Hantaran tersebut dipercayai susulan perkongsian yang dibuat di laman TikTok apabila dia secara berseloroh menjawab pertanyaan tentang calon pasangan pilihan.

    “Suka yang muda ke tua? Boleh berhenti tak tanya benda macam ini? “Saya tak suka, saya malas nak ambil tahu. Serabut. Yang tua,” tulisnya di video berkenaan.

    Menerusi ruangan komen, Zara menegaskan video tersebut tidak ditujukan kepada mana-mana pihak.

    Sementara itu, warganet mula menyebut nama beberapa lelaki yang dianggap layak untuk mendekati Zara sekali gus menganggapnya sebagai satu peluang untuk berkenalan.

    Namun ada juga yang bersetuju bahawa tidak seharusnya menyebut nama mana-mana pihak untuk dikaitkan dengan Zara.

    “Bila orang itu tak jadi kahwin dengan yang dikenenkan itu nanti, mula kecam itu ini. Kita pun menyampah, inikan pula tuan badan sendiri,” antara komen warganet. – Agensi

    Zara rimas dengan sikap warganet suka kenenkan orang. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda