Wednesday, October 9, 2024
29 C
Brunei

    Berita Terkini

    Zarief Rayqal mahu cemerlang di IWF24

    KUALA LUMPUR, 8 OKT – Pelumba muda Malaysia, Zarief Rayqal Fahruddin menyasarkan untuk meneruskan penguasaannya pada IAME World Warrior Finals 2024 (IWF24) yang akan berlangsung di Valencia, Sepanyol bulan depan.

    Pelumba berusia 14 tahun muncul juara keseluruhan kategori remaja pada Siri IAME Asia 2024 berkata beliau telah memberikan lebih tumpuan dalam latihan yang telah dirancang oleh jurulatihnya, Rohairijaz Mohd Ropin.

    Pelumba DRM Racing Team itu berkata beliau sedang mempersiapkan diri kerana menyedari tugas berat bakal menanti di Valencia apabila perlu bersaing dengan barisan pelumba terbaik dunia.

    “Saya mahu membanggakan ibu bapa dan Malaysia.

    “Saya akan cuba sehabis baik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Pelajar Cempaka International School Damansara Heights itu mengumpul 152 mata untuk menewaskan rakan sepasukannya Krittach Jiyarupa dari Thailand, untuk mempertahankan gelaran keseluruhan buat Malaysia selepas ia dimenangi Katrina Ee, tahun lepas.

    Bersaing dengan lebih 30 pelumba di litar Asia Tenggara, Zarief Rayqal meraih tiga daripada enam pusingan untuk menamatkan kejohanan di tangga teratas tahun ini. – Bernama

    Zarief Rayqal akan meneruskan penguasaannya di Sepanyol bulan depan. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda