Ahad, 23 November 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Zarina Anjoulie hadir beri keterangan di SKMM

    Pelakon Zarina Anjoulie memaklumkan dia selesai memberi keterangan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung kontroversi mengaitkan dirinya dengan seorang lelaki dikenali sebagai Hot Daddy.

    Zarina atau lebih mesra dengan sapaan Anju, 38, berkata telefon bimbitnya juga diambil agensi berkenaan bagi melakukan siasatan lebih terperinci.

    Menurut laporan mStar, “ pihak MCMC sedang membuat siasatan, tolong beri ruang kepada mereka untuk jalankan tugas. Telefon saya pun dah diambil untuk siasatan. Buat masa ini saya hanya guna telefon secondhand sementara,” katanya.

    Zarina berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instastory miliknya, dan beliau tidak melatah dengan apa yang berlaku, Zarina sebaliknya menganggap kejadian tersebut sebagai satu pengajaran buat dirinya dan berlapang dada dengan segala teguran terhadapnya.

    Dia juga berharap orang ramai tidak menjadikan anaknya sebagai sasaran untuk membalas perbuatannya itu.

    “Tak apa, ini pengajaran untuk saya. Terima kasih kepada warganet yang sudi menegur dan menasihati, ia peringatan yang baik supaya saya tidak mengulangi kesilapan yang sama”.

    “Kalau nak kritik, kritiklah saya. Jangan babitkan anak saya yang tak bersalah. Saya hargai semua yang menegur dan mendoakan,” ujarnya.

    Sebelum ini, Zarina dalam sebuah hantaran menyangkal dakwaan dirinya melakukan jualan dan merakam video porno bersama Hot Daddy semasa berada di Bali, Indonesia.

    Tujuan dia ke sana hanya untuk mempromosikan sebuah produk dan secara tidak sengaja bertemu dengan lelaki berkenaan yang merupakan rakannya.

    Terdahulu, Hot Daddy atau Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli didakwa merakam aksi hubungan intim dan menjualnya menerusi aplikasi X yang boleh dikategorikan sebagai aktiviti persundalan.

    Namun pada Disemberi 2024, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur melepas tanpa membebaskan (DNAA) Hot Daddy dan dua rakannya berhubung kes tersebut. – Agensi

    Zarina hadir ke SKMM bersama peguamnya.- mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda