Pelakon Zarina Zainuddin meluahkan rasa kecewanya terhadap tindakan Pengurusan Air Selangor.
Menurut hantaran terbarunya di akaun instagram rasminya @zarinazainuddin, Zarina memuatnaik sebuah foto di mana bekalan air di rumahnya dipotong.
Katanya, pihak Pengurusan Air Selangor langsung tidak menghantar bil semasa dan secara tiba-tiba dipotong serta merta. Ibu kepada dua anak istimewa ini merasa kesal dengan tindakan Air Selangor, malah dia buntu bagaimana mahu untuk menyelesaikan hal ini.
“Bil tak sampai tiba-tiba air dah kena potong. Ada akal ke kenapa bil api boleh sampai elok, bil air tak sampai-sampai tiba-tiba air kena potong.
“Terima kasih banyaklah, kes macam ini saya nak rujuk dekat mana? Anak saya mana tau air tidak ada ke api tidak ada ke dia cukup masa cari toilet, lepas itu nak cuci dengan apa! Saya ini bukannya pandai sangat, last-last menanggis saja lah!.” – Tulisnya di kapsyen.
Di ruangan komen, rata-rata pengikutnya meluahkan rasa simpati dan menasihati Zarina supaya dapat menguruskan bil secara dalam talian atau menggunakan aplikasi Air Selangor.
Salah satu komen dari pengikutnya juga menerima nasib yang sama dan memberitahu Air Selangor tidak menghantar lagi bil semasa.
Sementara itu, Zarina telah memuatnaik sebuah video terbaharu di laman Instagramnya dan memaklumkan dia sudah menyelesai bil air tersebut. – Agensi
