Zaskia balik kampung sebab masalah rumah tangga?

Penyanyi dangdut terkenal dari Indonesia Zaskia Gotik menafikan khabar angin perkahwinannya dengan Sirajuddin kini sedang mengalami masalah.

Menurut laporan Kompas, isu ini timbul selepas Zaskia dilihat pulang ke rumah orang tuanya berseorangan yang terletak di Cikarang, Jawa Barat.

Tampil menjelaskan mengenai perkara ini, penyanyi berusia 31 tahun itu berkata dia pulang ke kampung kerana mahu menziarahi ibu bapanya yang sudah lama tidak bertemu.

Lebih-lebih lagi situasi tidak terkawal ketika pandemik COVID-19 sebelum ini menyukarkan dia untuk pulang.

“Alhamdulillah hubungan rumah tangga kami tiada apa-apa… saya pulang ke rumah ibu bapa kerana dah empat bulan tak balik.

“Raya sebelum ini tak boleh balik kampung sebab keadaan pandemik sedang teruk, bimbang bawa penyakit. Sebab itu saya memilih untuk tidak balik ke rumah orang tua,” katanya.

Dalam pada itu, Zaskia berkata dia enggan melayan sebarang komen dan spekulasi tidak benar yang dibuat warganet di laman sosial. Zaskia berkahwin dengan Sirajuddin Mahmud Sabang pada 22 April 2020. – Agensi

Zaskia berkata dia enggan melayan sebarang komen dan spekulasi tidak benar yang dibuat warganet di laman sosial. – Agensi