Selepas hampir dua bulan menyepi dari laman sosial, bekas anggota kumpulan One Direction iaitu Zayn Malik, 27, kembali dengan sebuah entri yang dikongsikan di Instagram pada baru-baru ini.
Menerusi foto swafoto yang dimuat naik tanpa kapsyen itu, mata penyanyi lagu Pillowtalk ini kelihatan berkaca.
Gambar yang kini memperoleh kira-kira 6 juta tanda suka dan 300,000 komen menerima reaksi positif peminat.
“Kongsikan rutin penjagaan wajah awak,” menurut komen yang ditinggalkan oleh seorang warganet.
“Kami merindui awak selama ini,” warganet yang meluahkan rasa rindu selepas Zayn Malik menyepi selama dua bulan.
“Awak apa khabar, Z? Saya harap semuanya baik-baik saja. Kami merindui awak,” tulis beberapa warganet.
Zayn dan pasangannya, model antarabangsa Gigi Hadid, 25, kini sedang menantikan kehadiran anak pertama mereka yang dijangka bakal lahir pada Disember ini. – Agensi
